Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), karya merujuk
kepada buatan atau ciptaan sesuatu. Manakala agung membawa maksud paling besar,
terutama, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Oleh itu, Karya Agung boleh
diertikan sebagai ciptaan atau buatan yang tertinggi dan teristimewa daripada
seseorang pengarang.
Karya
Agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu
bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya dan
tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Malah, karya agung juga melambangkan
keunggulan daya cipta sesuatu bangsa untuk membentuk tradisi dan identitinya
sendiri (Yayasan Karyawan, 2015).
Karya
Agung Melayu pula merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau
kreativiti seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu zaman dahulu dalam
menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran dari
segi agama dan moral, visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk
sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan
dari aspek seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam kehidupan
bangsa Melayu. Tamadun Melayu sememangnya dibentuk dan dipengaruhi oleh tradisi
sastera ini sendiri (Yayasan Karyawan, 2015).
Sastera
hikayat merujuk kepada cerita-cerita dalam bentuk tulis yang menggunakan bahasa
Melayu lama dengan bahasa dan struktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang
berunsurkan hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Hikayat
Raja-raja Pasai merupakan salah satu karya agung yang telah diusahakan oleh
Russell Jones.
Latar
Belakang Hikayat Raja-raja Pasai
Hikayat Raja-raja Pasai (HRP) merupakan karya sastera
Melayu tradisional yang tertua di zaman Melayu. Hikayat ini menceritakan
tentang kisah raja-raja di negara Islam yang bernama Pasai iaitu Sultan Malikul
Saleh yang memeluk Islam. Malah hikayat ini juga merupakan satu-satunya
peninggalan sejarah yang menceritakan tentang zaman kerajaan Pasai.
HRP ditulis
dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi pada lembaran-lembaran yang
berbentuk buku. Namun, tarikh HRP ini masih belum dipastikan lagi dan pengarang
HRP juga tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment