Sunday 17 May 2015

KESIMPULAN

HRP merupakan sebuah karya klasik yang kaya dengan pelbagai unsur sejarah yang boleh dijadikan tauladan dan teladan kepada masyarakat. Unsur-unsur ini juga boleh diterapkan di dalam generasi sekarang. Terdapat pengajaran positif yang boleh diambil dalam HRP ini untuk kehidupan seharian kita. Antaranya ialah sikap gigih untuk mendapatkan sesuatu kejayaan. Selain itu, kebijaksaan manusia dalam menentukan sesuatu perkara sama ada benar atau salah. Pengajaran ini boleh membentuk masyarakat supaya menjadi masyarakat yang baik.
HRP ini juga terdapat unsur-unsur negatif yang boleh dijadikan iktibar atau peringatan kepada masyarakat pada masa ini untuk dihindari atau tidak melakukan perbuatan yang sama seperti yang berlaku dalam HRP. Antaranya, masyarakat hendaklah memikirkan dahulu segala kesan yang perlu diambil ketika mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Secara keseluruhannya, segala peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam HRP dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada pemerintah. 

No comments:

Post a Comment